Pasar Filipin
Pasar malam yang dikenali sebagai Pasar Filipin ini memang popular di kalangan pelancong, selain terdapat Pasar Kraftangan, di sini juga terdapat pasar ikan dan sayur, pasar menjual makanan tradisi orang sabah seperti kuih cincin, keropok amplang dan macam-macam lagi. Tempat ini biasanya dibuka dari pagi hingga ke malam, manakala untuk pasar ikan dan sayur dan juga gerai makan seafood ini hanya dibuka selepas jam 5 petang hingga ke 10-11malam.Warung Bandung Kepayan
Kedai Makan Santubong
Kedai Makan Santubong ini terletak di Cybercity Kepayan,
Kota Kinabalu. Bagi yang tercari-cari dan menggemari makanan asli orang Sarawak
boleh datang sini.
Tanjung Aru
Pilihan seafood di tempat lain, anda boleh makan di
Tanjung Aru. Dekat sini ada banyak kedai makan sedap, dan best suasana dia.
Menu pun lebih kurang macam di Pasar Filipina, tetapi kalau nak rasa ‘open air’
duduk tepi pantai sambal minum air kelapa bakar, anda boleh datang ke sini.
Memang ramai pelancong dan penduduk setempat makan di sini.
Disini juga terkenal dengan ‘Chicken Wing’ yang
murah dan sedap. Sabah memang terkenal dengan Chicken Wing dan kalau di Sabah,
ia dipanggil Sayap. Orang-orang disini juga memang sudah sedia maklum dengan
kesedapan Chicken Wing Tanjung Aru ini.
Gayang Seafood Restoran
Gayang Seafood Restoran merupakan antara Restoran Seafood
yang terkenal di Sabah adalah Restoran ini. Terletak di Salut Tuaran iaitu
lebih kurang 33km dari bandar Kota Kinabalu. Antara makanan kegemaran seperti
Udang Steam, Lobster Masak Butter, Ketam Masak Kam Heong, Soft Shell Crab, Sup
Isi Ketam, dan banyak lagi.
Boleh cuba makan disini sekiranya anda penggemar makan
makanan laut seperti udang, lobster, ketam, sotong dan sebagainya. Lagi seronok
jika makan beramai-ramai dengan keluarga disini.
Restoran Malindo
Jika anda ingin mencari makanan selera kampung, Restoran
Malindo adalah jawapannya. Restoran yang menyajikan selera makanan kampung ini
memang menjadi pilihan orang-orang disini. Restoran Malindo kini mempunyai 3
cawangan iaitu di Api–Api Centre, Wisma Merdeka dan di Harbour City Kota
Kinabalu. Menu makanan pilihan pelanggan-pelanggan disini biasanya Nasi Campur,
Soto Ayam, Rojak Daging juga minuman ABC Malindo yang sangat sedap. Harganya
juga berpatutan.
Lucy’s Kitchen
Lucy’s Kitchen mempunyai 4 outlet, iaitu di 88 Marketplace
Kepayan, Metro Town, Imago Shopping Mall dan Kinabalu Golf Club Tanjung Aru.
Antara menu kegemaran pelanggan di Lucy’s Kitchen adalah seperti Spaghetti
Aglio Olio, Durian Pancake, Creme Caramel, Chicken Chop, Chicken Burger, Air
Kedondong, Wat Tan Hor, Lee Chee Kang, Abc Lucy’s Special, Nasi Lemak Special
dan banyak lagi. Harga makan disini juga berpatutan dan yang paling penting
sedap. Jadi jika anda suka makan makanan barat, makanan melayu dan pencuci
mulut yang sedap lokasi ini memang sesuai untuk anda.
Restoran D' Lengkuas
Bagi anda yang tercari-cari makanan popular orang
semenanjung, di sinilah tempatnya. Kerang Masak Sambal, Ikan Patin Masak
Tempoyak, Sotong Sumbat Masak Hitam, Daging Kawah dan banyak lagi jenis makanan
yang sedap-sedap di sini.
Lokan Bakar Dan Puding Kelapa Sepanggar
Terdapat banyak deretan gerai di sepanjang Jalan Sulaman ini
dimana setiap gerai menjual dengan harga sedikit berbeza. Menu utama pastinya
lokan bakar, jelly kelapa, kelapa bakar, Jagung bakar dan bermacam-macam lagi
makanan luat yang ada dijual disini.Harga setiap lokan di dalam lingkungan
RM8.00 hingga RM12.00 selonggok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan